24 Mei 2010

USMFC vs ATM (seri 1-1)

Detik Gol


SEMANGAT JUANG BERJAYA MEMBANTU PASUKAN USM FC MENGEKANG PASUKAN ATASAN LIGA PERDANA
oleh

Perlawanan ke 18 USM FC menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkesudahan dengan keputusan seri 1 -1. Pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke 6 selepas penyerang berbisa ATM dan bekas pemain kebangsaan V Saravanan berjaya melepasi pertahanan USM FC seterusnya menewaskan penjaga gol USM FC. Perlawanan separuh masa pertama seimbang dengan bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah dan sesekali serangan mengejut dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Pada separuh masa kedua USM FC melakukan perubahan corak permainan dengan lebih banyak mengawal bola dan melakukan serangan ke kawasan lawan dan berjaya menghasilkan beberapa percubaan ke arah gol pihak lawan. USM FC terpaksa mengeluarkan pemain pertahanan kiri iaitu Zairi Jaafar (Wak) dengan memasukkan Barathan selepas beliau mengalami kecederaan. Selepas itu, USM FC menukarkan pemain tengah dan serangan iaitu Azizan Saari dan Fauzan (Abg) dengan memasukkan Nurqusyairi (Ustaz) dan Mohd Taufiq.

Semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pemain telah berjaya menghasilkan gol melalui jaringan saudara Mohd Taufiq yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti dan seterusnya menewaskan penjaga gol ATM & bekas penjaga gol kebangsaan Nasril Nordin pada minit akhir permainan. Keputusan seri ini membolehkan pasukan USM FC mendaki 1 tangga mengatasi pasukan Shahzan Muda & MP Muar yang tewas malam ini.

Keputusan-keputusan lain:-

Sabah 4 Shahzan Muda 1
Sarawak 2 MP Muar 1
Melaka 3 Harimau Muda 5
Pos Malaysia 1 PKNS 4
PDRM 1 Felda United 1

-


Over the moon: USMFC players celebrate their unexpedted last minutes equalizing goal.
Posted by Picasa


Tiada ulasan: