31 Januari 2010

Keputusan USMFC vs Harimau Muda

Pasukan USMFC bermain cemerlang sepanjang perlawanan dan berjaya mengikat pasukan bertaraf negara, Harimau Muda hinggalah pada minit ke-45 apabila bekas pemain kelab di England (Stevenage Borough FC) iaitu Haziq Zikrielias menjaringkan gol untuk meletakkan USMFC di depan.


Dengan sorakan penonton, USMFC berjaya masuk kotak penalti lawan ~ foto: Rizman Suzaidi

Pada separuh masa kedua, skuad bimbingan S. Vellu menguasai perlawanan hingga menyebabkan Harimau Muda bertahan pada kebanyakkan masa. Skuad USMFC berjaya menhasilkan peluang-peluang yang baik. Nampaknya nasib yang menimpa Pos Malaysia dahulu, kini terjadi kepada USMFC apabila serangan USMFC dari tepi penjuru yang menewaskan penjaga gol Harimau Muda dinafikan oleh tiang gol.


Shoot! ~ foto: Rizman Suzaidi

Melihat yang benteng penjaga gol Harimau Muda boleh ditewaskan, dan dengan sokongan penonton yang memuncak. USMFC menggandakan asakan dan hasilnya, bola berjaya membolosi gol lawan.


Gol!? ~ foto: Rizman Suzaidi


Slaid gambar ~ foto: Rizman Suzaidi

Gol yang dijaringkan tersebut malangnya tidak dikira kerana pemain USMFC dikatakan offside. Perlawanan berkesudahan dengan USMFC 0, Harimau Muda 1

29 Januari 2010

Jumaat ini : pertembungan antara harimau

-



Kepada semua warga Pulau Pinang, dan warga USM, datanglah ke perlawanan ke-5 Liga Perdana.

USM FC menentang HARIMAU MUDA
Jumaat, 8.45 malam
Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Semoga kehadiran anda akan dapat memberi sokongan moral kepada pasukan USM FC untuk mencatat keputusan yang cemerlang.

USM FC BOLEH

28 Januari 2010

USMFC masuk paper lagi

Berita tentang kejayaan USM memasuki Liga Malaysia masih belum basi diperkatakan. Terbaru akhbar Berita Harian Varsiti melaporkan kira-kira setengah muka akhbar (tabloid) tentang 'kejayaan' KBSUSM beraksi di kancah liga.

Terima kasih kepada warga kerja di USM.MY ... kita kini mempunyai imbasan keratan akhbar tersebut. (Klik di gambar untuk membaca dengan lebih jelas)

26 Januari 2010

Penyertaan USMFC kini diberi perhatian

Walaupun baru menang sekali daripada empat perlawanan, kemasukan USMFC ke kancah liga perdana dilihat sebagai nafas baru dalam bolasepak tempatan, sebagaimana yang diceritakan dalam laporan akhbar di sebelah.

Penyertaan USM beri impak kepada universiti dan martabat bola sepak

PADA pandangan saya, apabila pasukan Universiti Sains Malaysia (USM FC) menyertai Liga Perdana anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia membawa satu sejarah dan cabaran baru dalam bola sepak negara.

Kenapa saya katakan demikian? Pasukan USM FC adalah yang pertama daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai pertandingan liga tempatan peringkat tinggi, sekali gus memberi impak besar terhadap sukan dan pembabitan universiti secara langsung dalam kancah bola sepak negara.

Hakikatnya, penyertaan USM dalam liga bola sepak sudah lama. Saya masih ingat sejak akhir 70-an dan awal 80-an, pasukan USM pernah bermain dalam liga Pulau Pinang sambil beberapa pelajarnya juga menyertai beberapa pasukan, termasuk dengan Ramblers ketika itu.

Malah, pasukan yang dibimbing Lim Boon Keng ketika itu diwakili beberapa bekas pemain negeri seperti Hasnor Hisham (Pahang) dan Abang Abdul Rahman (Sarawak).

Kini kemunculan USM FC dalam Liga Perdana membuktikan USM mempunyai komiment tinggi memajukan bola sepak tempatan. Bak kata Naib Canselor USM Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, ia adalah sebahagian daripada usaha universiti itu bagi mempromosi sukan di kampus, selain dorongan daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biarpun tidak meletakkan sasaran tinggi kecuali ingin melihat pasukan mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana, USM FC mampu memberi persaingan kepada pasukan lain dalam kejohanan itu.

Ia membuat persiapan sejak akhir tahun lalu dengan sebilangan pemain dari pelbagai pasukan seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan yang pernah bermain di Liga Super dan dilatih oleh bekas jurulatih Pulau Pinang, S Veloo.

Saya mengharapkan pasukan ini akan terus kekal menyertai liga itu kerana sebelum ini beberapa kelab yang dianggap mantap seperti MKLand dan Proton FC, sukar bertahan kerana kurang penyokong.

Selain itu, kurangnya penajaan juga dikatakan menjadi antara punca pasukan kelab tidak dapat bertahan kerana untuk sesebuah pasukan terus bertanding dalam liga, mereka perlu memiliki bajet yang agak tinggi, iaitu sekitar RM2 juta setahun.

Apapun, tahniah kepada USM FC kerana berani membabitkan diri dalam kancah bola sepak tanah air.

Kita pernah menyaksikan bagaimana pada sekitar pertengahan 1970-an apabila pasukan Maktab Adabi Kota Bharu dengan pemainnya seperti Hamid Ramli, Affendi Yusof dan Mahadi Yusof, berjaya menjadi juara Piala FAM dengan mengalahkan Kuantan FA tanpa mempunyai bajet yang besar.

Sebelum itu ia mengalahkan pasukan PKNS yang ketika itu disertai beberapa bintang termasuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Pasukan sekolah swasta itu membuktikan jika ada kemahuan, pasti ada kejayaan.

Semoga penyertaan USM FC ini, menjadi perintis sebagai universiti pertama di Malaysia yang akan menonjolkan beberapa pemain berpotensi untuk pasukan negara.

Paling penting, mahasiswa yang mewakili pasukan ini mampu membuktikan bahawa akademik dan sukan boleh berganding bahu menjamin kecemerlangan seseorang pelajar.

25 Januari 2010

5-0 PKNS menang besar ke atas USMFC

logo Felda United 0 - 5 logo USMFC

Apa nak dikata, tapi itulah dia nasib yang menimpa pasukan USMFC kesayangan kita. Jelas nyata pengalaman PKNS yang telah lama di Liga Malaysia tidak setaraf dengan pasukan baru seperti kita ini. Jangan perlekeh kekalahan kita, yang penting USMFC kini di kancah liga perdana... USMFC berjaya membawa liga malaysia ke stadium kita

19 Januari 2010

USMFC kalah dek hatrik bekas penyerang kebangsaan

diolah dari: Muhamad Sidek Karim

logo USMFC 1 - 4 logo Felda United


pemain USMFC cuba untuk menembusi pertahanan Felda United


Pasukan berpengalaman dalam kancah Liga Perdana Felda United telah mengalahkan USM FC dengan jaringan 4-1. Pasukan Felda United yang mengambil kesempatan di atas kegugupan pemain-pemain USM FC untuk menjaringan 2 gol dalam masa 10 min pertama melalui bekas penyerang kebangsaan Fatrurazi Rozi. USM FC tetap memberi saingan dengan membalas 1 gol melalui jaringan Mohamad Baser Mahamad Napae. Gol itu tadi menaikkan semangat USM FC untuk menyerang. Banyak percubaan telah dihasilkan USM FC, namun benteng pertahanan Felda United nyata sukar ditembusi.

Perlawanan separuh masa kedua didominasi oleh pasukan USM FC namun pengalaman Felda United jelas ketara dengan 2 lagi gol disumbangkan oleh Fatrurazi Rozi dan Chow Chee Weng. Keputusan akhir USM FC 1 Felda United 4.

Hatrik Fatrurazi Rozi melonjakkan beliau sebagai pendahulu penjaring gol.

Pihak Pengurusan USM FC mengucapkan ribuan terima ksaih kepada semua warga kampus & rakyat Pulau Pinang yang memberi sokongan kepada pasukan USM FC.

Keputusan-keputusan lain :-

Pos Malaysia FC kalahkan Kuantan Port Shahzan Muda (3-1 )
Majlis Perbandaran Muar FC ditewaskan ATM FA (1-4)
Sarawak FA seri dengan Selangor PKNS FC (1-1)
Sabah FA dikalahkan Harimau Muda (2-3)
Melaka FA seri dengan PDRM FA (2-2)

16 Januari 2010

USM FC dapat satu mata berharga di Paroi



vs
0 - 0

USM FC meneruskan permulaan cemerlang dalam Liga Perdana 2010 apabila mencatatkan keputusan seri 0 0 dalam perlawanan menentang PDRM semalam. Keputusan seri ini mengekalkan kedudukan USM FC di tangga ketiga dibelakang PKNS & Felda United yang masing-masing mencatat kemenangan bergaya ke atas pasukan lawan semalam.

USM FC mengekalkan kesebelasan utama seperti perlawanan terdahulu dalam perlawanan semalam dalam usaha untuk mengekalkan rentak kemenangan atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri. Kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang agak menghiburkan dengan mengatur beberapa gerakan merbahaya pada separuh masa pertama. USM FC mendapat dua peluang berharga pada minit ke 20´ & 26´ tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan. Pada minit ke 27´ PDRM hampir-hampir mendahului dengan satu percubaan yang terkena tiang.

Beberapa peluang lagi pada separuh masa kedua juga disia-siakan oleh kedua-dua pasukan. USM FC melakukan 2 pertukaran dengan mengeluarkan Zairi Jaafar (15) memasukkan Zulhilme (14) pada minit ke 32 dan mengeluarkan Amirul Omar (16) memasukkan Shawarizal (11) pada minit ke 80.

Terima kasih kepada penyokong-penyokong USM FC serta Pasukan Sorak USM (Student) yang turut serta ke Stadium Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan untuk memberi sokongan kepada pasukan USM FC. Sokongan dari anda semua amatlah kami hargai.

Senarai Kesebelasan Utama USM FC:- Mohammad Solehin Bin Mohd Rodzi (GK), Adam Bin Abdul Malik, Rohaizad Bin Mat Ali, Muhammad Fauzan Zainal Abidin, Muhammad Afzan Zainal Abidin, Prakash A/L Maruthiyan, Ahmad Norafandy Bin Mohd Yatim (Kapten), Mohd Amirul Omar, Mohamad Baser Bin Mahamad Napae, Zairi Jaafar, Mohd Fakhrul Radzi Bin Yaacob.

Senarai Pemain Simpanan :- Mohd Zakri Bin Amin (GK), Mohd Redzuan Bin Nawi, Thevandran A/L Pitchay, Shawarizal Fitri Bin Mansur, Zamri Zaidi, Muhammad Azizan Bin Md Arshad,Zulhilme Bin Mohd Fauzi.

Kad Kuning : Shawarizal Fitri (11) minit ke 84´

-Setiausaha & Pegawai Pentadbir Pasukan-

Terima Kasih kepada:
...Muhamad Sidek Karim

15 Januari 2010

Liga Perdana: Skuad USM FC buru satu mata di Paroi

SATU mata sudah memadai buat skuad USM FC apabila menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan Liga Perdana malam ini.

Ketua jurulatih USM FC, S.Veloo berkata, sasaran itu dilihat realistik bagi pasukannya yang masih baru berbanding lawan yang dibarisi pemain-pemain cukup berpengalaman.

Oleh ZAKI SALLEH

(Kosmo, 15 Januari 2010, ms 62, Sukan)

14 Januari 2010

Birthday boy taste glory

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) FC celebrated a famous victory when they trooped out winners in their Premier League debut on Monday.

But for birthday boy Adam Abdul Malik,, who turned 23 on match day, it turned out to be a double celebration.

(The Star, 15 Januari 2010, ms M16, Starmetro)


Foto: Adam (memegang kek berbentuk bolasepak) terharu dengan sambutan yang diberikan rakan-rakan. Foto oleh: Rizman Suzaidi


Keratan akhbar The Star dari www.USM.my


Lewat empat hari utk The Star (hari ini) menyiarkan berita "Birthday boy tastes glory" mengenai kemenangan USM FC ke atas Pos Malaysia dalam ruangan Star Metro sport M16. Tetapi tahniah juga kepada The Star kerana mengolah berita itu dengan cantik kerana kemenangan itu itu digabungkan dengan sambutan ulangtahun kelahiran pemain USM FC Adam Abdul Malik. Berita hampir satu muka penuh tsb disiarkan dengan 2 gambar hampir separuh muka surat. Begitu besar penghargaan The Star kepada USM. Namun tiada link dalam star-online.
~Izaham Musa

12 Januari 2010

USM langkah kanan ke Liga Perdana

USM memulakan perjalanan mereka di TM Liga Premier 2010 dengan langkah kanan berikutan kemenangan 1-0 ke atas musuh tradisi KL Pos Malaysia FC.




Tandukan penyerang USM FC menumpaskan penjaga gol Pos Malaysia, menghasilkan gol tunggal perlawanan



Tahniah kepada Pasukan USM FC kerana telah mencatatkan kemenangan pertama dalam pertandingan Liga Perdana Musim 2010 dengan mengalahkan Pos Malaysia 1 0 melalui jaringan penyerang USM FC Mohamad Baser Mohamad Napae pada minit ke -80. Perlawanan yang bersejarah yang berlansung di Stadium USM dipenuhi dengan kira-kira 3,000 orang penonton yang terdiri daripada warga kampus dan juga rakyat Pulau Pinang.

Perlawanan yang bermula pada 8.45 malam ini agak perlahan pada separuh masa pertama kerana kedua-dua pasukan tidak banyak melancarkan serangan. Rentak perlawanan berubah pada separuh masa kedua apabila pasukan Pos Malaysia mula mendominasikan perlawanan pada 15 minit pertama dan hampir-hampir mendahului dengan cubaan yang terkena tiang gol pada minit ke -60. USM FC yang agak lewat panas telah menunjukkan permainan menarik pada 20 minit terakhir dengan beberapa percubaan bahaya. Gol yang dijaringkan melalui tandukan oleh penyerang USM FC pada minit ke 80 telah menaikkan semangat pasukan untuk terus mengasak kubu pihak lawan.

Perlawanan ini juga disaksikan oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pengarah (REDAC), YDP KSS & Encik Azman (Usains) serta pegawai-pegawai lain yang meluangkan masa untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan USM FC.



Lain-lain keputusan perlawanan malam ini -

ATM 1-1 Harimau Muda

MP Muar 0-2 PKNS

Sabah 0-0 Felda United

Sarawak 0-0 PDRM

Melaka 2-0 Shahzan Muda

06 Januari 2010

USM FC set to create history

The Star 6 January 2010

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) are set to write a new chapter in Malaysian football history by being the first public higher learning institution to compete in the Premier League.

The USM vice-chancellor, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, said that this was part of the university’s efforts to promote sports in the campus.

“It is an historical moment for us as we are the first public university to compete in the league and will host our home games at the university too,” he said after meeting the players here yesterday.

He added that the team, under the charge of former Penang chief coach S. Veloo, had been preparing for the competition since the end of last year with a number of players from various teams, among them Kedah, Penang and Kelantan.

However, team manager Mohd Azizudin Mohd Shariff said that as the rookie team in the league, they had set a modest target in the competition, which begins on Monday.

”Our target is to remain in the league as we are optimistic that the physical and mental strength of the USM team can compete against the rest of the teams in the competition,” he said. — Bernama

05 Januari 2010

USM FC terima sumbangan RM200K

PULAU PINANG, 5 Jan – Pasukan bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM FC) yang menunjukkan prestasi cemerlang mara ke TM Liga Perdana musim ini menerima sumbangan khas berjumlah RM200,000 daripada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (R&I) USM, di sini semalam.

foto: Barisan pemain pasukan USM FC meletakkan sasaran untuk memberikan persembahan mantap pada tahun ini dan terus mara dalam kancah bola sepak negara
Keterangan foto: Barisan pemain pasukan USM FC meletakkan sasaran untuk memberikan persembahan mantap pada tahun ini dan terus mara dalam kancah bola sepak negara.
Foto: Mohd. Fairus Md. Isa


Sumbangan tersebut bertujuan membiayai program latihan prestasi bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berbeza daripada mana-mana pasukan lain dalam kancah bola sepak negara.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Asma Ismail berkata, penampilan USM FC dalam liga adalah sesuatu yang unik kerana ia adalah yang pertama dan satu-satunya pasukan dari universiti.

Justeru ujarnya, USM FC harus tampil dengan kelainan bagi mencorak fenomena baru dalam persaingan sukan nombor satu dunia itu, selaras dengan moto universiti iaitu Kami Memimpin.

``Kita perlu tunjukkan penglibatan kita bukan sekadar untuk memeriahkan kancah bola sepak negara, sebaliknya boleh dijadikan contoh kepada pasukan-pasukan lain khasnya dari segi pengurusan dan penjenamaan pasukan,’’ jelasnya.

Katanya, USM mempunyai pelbagai kepakaran khsususnya dalam bidang sains sukan dan sains sukan perubatan yang membolehkan USM FC bergerak seiring dengan perkembangan teknologi yang dicapai di USM.

``Kita merupakan antara universiti penyelidikan di negara ini dan sudah semestinya banyak pencapaian telah diperoleh dalam bidang-bidang berkenaan yang boleh diaplikasikan terhadap membangunkan tahap prestasi pasukan.

``Kita akan mengatur banyak program bagi meningkatkan mutu persembahan permainan mereka termasuk dalam aspek penjagaan makanan, latihan prestasi, bimbingan kecergasan fizikal dan mental, motivasi dan sebagainya,’’ ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, USM FC yang akan mula beraksi pada 11 Januari depan turut mendapat sokongan padu dari pemimpin nombor satu universiti iaitu Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Dzulkifli berkata, kejayaan USM FC dalam melakar sejarah universiti khususnya bagi bidang sukan amat dihargai dan pihak universiti sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mereka terus mara ke peringkat seterusnya pada masa depan.

Katanya, USM Fc yang membawa nama universiti diharap dapat mempersembahkan mutu permainan terbaik di samping menunjukkan sikap lebih baik termasuk dari aspek kawalan emosi dan tatatertib.

``Sebagai sebuah universiti kita perlu tonjolkan sifat-sifat terbaik dalam bermain dan jangan sesekali amalkan budaya negatif seperti pergaduhan, perlanggaran disiplin dan sebagainya.

``Kita juga mesti menerapkan budaya berbeza apatah lagi USM turut diberi peluang beraksi di gelanggang sendiri dalam kampus,’’ jelas beliau dalam sidang media selepas majlis penyerahan bendera USM kepada pasukan USM FC di sini hari ini.