21 Disember 2009

USM creates history in Malaysian Premier League

Laman Sesawang Rasmi USM / USM Official Website

PENANG, 21 Dec – Universiti Sains Malaysia (USM) emerged as the first public university to win a ticket to compete at the Premier League, the second-highest in the national football competition after the Super League.

USM selection to the premier League through the USM Staff Football Club (KBSSUSM) was based on its excellent performance in the FAM League last season when it was ranked third after Pos Malaysia and Tambun Tulang.

Team manager, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff said that KBSSUSM’s selection together with 11 other teams to the premier League next season was not anticipated.


He said that when KBSSUSM was selected by the Football Association of Penang to participate in the FAM League last season, it wanted to do its best in view of the fact that opportunities like this were hard to come by.

“However, once we got into action, our players gained confidence and at the end of the competition, we were in the top three of the league. Following this, we were given the opportunity to participate in the Premier League next season. KBSSUSM will continue to be committed in giving a high-qualityperformance like the other teams,” he said in an interview at USM recently.

USM together with 11 other teams will participate in 22 matches in the Premier League and is also listed to play in the FA Cup which is scheduled to commence play early next year.

The players representing KBSSUSM include several ex-Penang Super League players like Nor Affendi Md. Yatim and Amirul Omar, ex-captain M. Prakash and top scorer in the FAM League for USM, Mohamad Baser Mahamad Napae.

KBSSUSM will be captained by S. Veloo, former Penang coach and will be helped by two assistant coaches, that is, Rosli Ali and K. Ramajayam.

The first match in the Premier League between KBSSUSM and Pos Malaysia is scheduled for 11 January 2010 at the Penang Council Stadium (subject to FAM amendments).

Other teams participating in the Premier League include Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Malaysian Armed Forces, Royal Malaysian Police, Kuantan Port and others.

USM cipta sejarah berentap di Liga Perdana

PULAU PINANG, 21 DisUniversiti Sains Malaysia (USM) muncul universiti awam pertama yang diberikan tiket untuk bertanding dalam kancah Liga Perdana, iaitu liga kedua tertinggi dalam saingan bola sepak negara selepas Liga Super.

Pemilihan USM melalui pasukan yang dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) dibuat berdasarkan kecemerlangan pasukan itu dalam aksi Liga FAM musim lalu yang menyaksikan KBSUSM muncul pasukan ketiga terbaik selepas (KL) Kelab Bolasepak Pos Malaysia dan (Perlis) Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang.

Pengurus pasukan, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata, pemilihan KBSSUSM untuk bersama 11 lagi pasukan dalam merancakkan lagi aksi Liga Perdana musim depan adalah satu pencapaian yang tidak diduga.

Katanya, KBSSUSM yang dipilih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk menyertai Liga FAM musim lalu pada mulanya hanya mahu melakukan yang terbaik memandangkan peluang seumpama itu bukan mudah untuk diperoleh.

``Namun, setelah kita mula beraksi, keyakinan pemain-pemain kian bertambah dan pada akhir saingan kita berjaya merangkul kedudukan tiga teratas liga dan seterusnya diberi peluang beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

``Justeru, KBSSUSM akan terus komited dalam mempersembahkan permainan bermutu bagi menaikkan nama universiti sebaris pasukan-pasukan hebat yang lain,’’ jelas beliau ketika ditemubual di USM, baru-baru ini.

USM bersama 11 lagi pasukan akan mengharungi 22 perlawanan dalam sainga Liga Perdana dan turut tersenarai beraksi dalam pertandingan Piala FA yang dijadualkan bermula awal tahun depan.

Antara pemain yang akan mewakili KBSSUSM termasuk beberapa bekas pemain Liga Super Pulau Pinang seperti penyerang, Nor Affendi Md. Yatim dan Amirul Omar, bekas ketua pasukan, M. Prakash dan penjaring terbanyak Liga FAM untuk USM, Mohamad Baser Mahamad Napae.

KBSSUSM akan dikemudi bekas jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo dan dibantu dua lagi penolong jurulatih iaitu Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Aksi pertama Liga Perdana di antara KBSSUSM menentang Pos Malaysia dijadualkan berlangsung pada 11 Januari depan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang (sebarang perubahan tertakluk pada pindaan FAM).

Pasukan lain yang turut tersenarai dalam Saingan Liga Perdana termasuk Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kuantan Port Shahzan Muda dan sebagainya.