01 Oktober 2010

Info Terkini USMFC


Pengurusan pasukan sedang berusaha untuk mengekalkan pasukan USM FC dalam pertandingan Liga Perdana bagi musim 2011/2012. Secara lisannya pihak Universiti bersetuju untuk membenarkan pasukan ini beraksi untuk tahun kedua, tetapi keputusan rasmi masih belum diperolehi. Sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk mengekalkan pasukan USM iaitu IPTA pertama yang bermain di Liga Perdana.

Kemampuan USM membawa pasukannya sehingga ke peringkat Liga Perdana telah membuka ruang kepada IPTA lain untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia. Sehingga kini hanya USM (Liga Perdana) bersama UiTM (Liga FAM)telah beraksi di Liga Bola Sepak utama Malaysia. UPM selaku Naib Juara Liga IPT juga akan ditawarkan untuk beraksi di Liga FAM pada musim hadapan. Pihak UMS pula mengorak langkah dengan menghantar pasukan futsalnya untuk menyertai Liga Futsal kebangsaan yang sedang berlansung sekarang. Unimap pula menjadi pasukan yang mewakili Perlis dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja & Piala Agong.