Memaparkan catatan dengan label 1st Leg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1st Leg. Papar semua catatan

16 Januari 2010

USM FC dapat satu mata berharga di Paroi



vs
0 - 0

USM FC meneruskan permulaan cemerlang dalam Liga Perdana 2010 apabila mencatatkan keputusan seri 0 0 dalam perlawanan menentang PDRM semalam. Keputusan seri ini mengekalkan kedudukan USM FC di tangga ketiga dibelakang PKNS & Felda United yang masing-masing mencatat kemenangan bergaya ke atas pasukan lawan semalam.

USM FC mengekalkan kesebelasan utama seperti perlawanan terdahulu dalam perlawanan semalam dalam usaha untuk mengekalkan rentak kemenangan atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri. Kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang agak menghiburkan dengan mengatur beberapa gerakan merbahaya pada separuh masa pertama. USM FC mendapat dua peluang berharga pada minit ke 20´ & 26´ tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan. Pada minit ke 27´ PDRM hampir-hampir mendahului dengan satu percubaan yang terkena tiang.

Beberapa peluang lagi pada separuh masa kedua juga disia-siakan oleh kedua-dua pasukan. USM FC melakukan 2 pertukaran dengan mengeluarkan Zairi Jaafar (15) memasukkan Zulhilme (14) pada minit ke 32 dan mengeluarkan Amirul Omar (16) memasukkan Shawarizal (11) pada minit ke 80.

Terima kasih kepada penyokong-penyokong USM FC serta Pasukan Sorak USM (Student) yang turut serta ke Stadium Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan untuk memberi sokongan kepada pasukan USM FC. Sokongan dari anda semua amatlah kami hargai.

Senarai Kesebelasan Utama USM FC:- Mohammad Solehin Bin Mohd Rodzi (GK), Adam Bin Abdul Malik, Rohaizad Bin Mat Ali, Muhammad Fauzan Zainal Abidin, Muhammad Afzan Zainal Abidin, Prakash A/L Maruthiyan, Ahmad Norafandy Bin Mohd Yatim (Kapten), Mohd Amirul Omar, Mohamad Baser Bin Mahamad Napae, Zairi Jaafar, Mohd Fakhrul Radzi Bin Yaacob.

Senarai Pemain Simpanan :- Mohd Zakri Bin Amin (GK), Mohd Redzuan Bin Nawi, Thevandran A/L Pitchay, Shawarizal Fitri Bin Mansur, Zamri Zaidi, Muhammad Azizan Bin Md Arshad,Zulhilme Bin Mohd Fauzi.

Kad Kuning : Shawarizal Fitri (11) minit ke 84´

-Setiausaha & Pegawai Pentadbir Pasukan-

Terima Kasih kepada:
...Muhamad Sidek Karim

15 Januari 2010

Liga Perdana: Skuad USM FC buru satu mata di Paroi

SATU mata sudah memadai buat skuad USM FC apabila menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan Liga Perdana malam ini.

Ketua jurulatih USM FC, S.Veloo berkata, sasaran itu dilihat realistik bagi pasukannya yang masih baru berbanding lawan yang dibarisi pemain-pemain cukup berpengalaman.

Oleh ZAKI SALLEH

(Kosmo, 15 Januari 2010, ms 62, Sukan)

14 Januari 2010

Birthday boy taste glory

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) FC celebrated a famous victory when they trooped out winners in their Premier League debut on Monday.

But for birthday boy Adam Abdul Malik,, who turned 23 on match day, it turned out to be a double celebration.

(The Star, 15 Januari 2010, ms M16, Starmetro)


Foto: Adam (memegang kek berbentuk bolasepak) terharu dengan sambutan yang diberikan rakan-rakan. Foto oleh: Rizman Suzaidi


Keratan akhbar The Star dari www.USM.my


Lewat empat hari utk The Star (hari ini) menyiarkan berita "Birthday boy tastes glory" mengenai kemenangan USM FC ke atas Pos Malaysia dalam ruangan Star Metro sport M16. Tetapi tahniah juga kepada The Star kerana mengolah berita itu dengan cantik kerana kemenangan itu itu digabungkan dengan sambutan ulangtahun kelahiran pemain USM FC Adam Abdul Malik. Berita hampir satu muka penuh tsb disiarkan dengan 2 gambar hampir separuh muka surat. Begitu besar penghargaan The Star kepada USM. Namun tiada link dalam star-online.
~Izaham Musa

12 Januari 2010

USM langkah kanan ke Liga Perdana

USM memulakan perjalanan mereka di TM Liga Premier 2010 dengan langkah kanan berikutan kemenangan 1-0 ke atas musuh tradisi KL Pos Malaysia FC.




Tandukan penyerang USM FC menumpaskan penjaga gol Pos Malaysia, menghasilkan gol tunggal perlawanan



Tahniah kepada Pasukan USM FC kerana telah mencatatkan kemenangan pertama dalam pertandingan Liga Perdana Musim 2010 dengan mengalahkan Pos Malaysia 1 0 melalui jaringan penyerang USM FC Mohamad Baser Mohamad Napae pada minit ke -80. Perlawanan yang bersejarah yang berlansung di Stadium USM dipenuhi dengan kira-kira 3,000 orang penonton yang terdiri daripada warga kampus dan juga rakyat Pulau Pinang.

Perlawanan yang bermula pada 8.45 malam ini agak perlahan pada separuh masa pertama kerana kedua-dua pasukan tidak banyak melancarkan serangan. Rentak perlawanan berubah pada separuh masa kedua apabila pasukan Pos Malaysia mula mendominasikan perlawanan pada 15 minit pertama dan hampir-hampir mendahului dengan cubaan yang terkena tiang gol pada minit ke -60. USM FC yang agak lewat panas telah menunjukkan permainan menarik pada 20 minit terakhir dengan beberapa percubaan bahaya. Gol yang dijaringkan melalui tandukan oleh penyerang USM FC pada minit ke 80 telah menaikkan semangat pasukan untuk terus mengasak kubu pihak lawan.

Perlawanan ini juga disaksikan oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pengarah (REDAC), YDP KSS & Encik Azman (Usains) serta pegawai-pegawai lain yang meluangkan masa untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan USM FC.



Lain-lain keputusan perlawanan malam ini -

ATM 1-1 Harimau Muda

MP Muar 0-2 PKNS

Sabah 0-0 Felda United

Sarawak 0-0 PDRM

Melaka 2-0 Shahzan Muda