GEORGETOWN - Ketua Jurulatih Universiti Sains Malaysia FC (USM FC), S Vello tidak melihat kekalahan pasukannya sebagai berakhirnya perjuangannya sedangkan peluang untuk mencipta kejayaan masih terbuka.
Menurutnya, beliau bangga dengan permainan yang ditunjukkan anak buahnya semasa menentang Terengganu kerana mereka berani berhadapan cabaran dengan pasukan yang mempunyai pengalaman bermain dalam piala FA.