12 Januari 2010

USM langkah kanan ke Liga Perdana

USM memulakan perjalanan mereka di TM Liga Premier 2010 dengan langkah kanan berikutan kemenangan 1-0 ke atas musuh tradisi KL Pos Malaysia FC.




Tandukan penyerang USM FC menumpaskan penjaga gol Pos Malaysia, menghasilkan gol tunggal perlawanan



Tahniah kepada Pasukan USM FC kerana telah mencatatkan kemenangan pertama dalam pertandingan Liga Perdana Musim 2010 dengan mengalahkan Pos Malaysia 1 0 melalui jaringan penyerang USM FC Mohamad Baser Mohamad Napae pada minit ke -80. Perlawanan yang bersejarah yang berlansung di Stadium USM dipenuhi dengan kira-kira 3,000 orang penonton yang terdiri daripada warga kampus dan juga rakyat Pulau Pinang.

Perlawanan yang bermula pada 8.45 malam ini agak perlahan pada separuh masa pertama kerana kedua-dua pasukan tidak banyak melancarkan serangan. Rentak perlawanan berubah pada separuh masa kedua apabila pasukan Pos Malaysia mula mendominasikan perlawanan pada 15 minit pertama dan hampir-hampir mendahului dengan cubaan yang terkena tiang gol pada minit ke -60. USM FC yang agak lewat panas telah menunjukkan permainan menarik pada 20 minit terakhir dengan beberapa percubaan bahaya. Gol yang dijaringkan melalui tandukan oleh penyerang USM FC pada minit ke 80 telah menaikkan semangat pasukan untuk terus mengasak kubu pihak lawan.

Perlawanan ini juga disaksikan oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pengarah (REDAC), YDP KSS & Encik Azman (Usains) serta pegawai-pegawai lain yang meluangkan masa untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan USM FC.



Lain-lain keputusan perlawanan malam ini -

ATM 1-1 Harimau Muda

MP Muar 0-2 PKNS

Sabah 0-0 Felda United

Sarawak 0-0 PDRM

Melaka 2-0 Shahzan Muda

Tiada ulasan: